Tuesday, 12 August 2014

INI LAH AKU YANG SEBENARNYA

Orang kurang mengenali aku walaupun sudah lama berkawan , ni semua sebab aku lebiih suka menyendiri dari menyemakkan diri ... Nama ku Siti Hawa Binti Abdullah , lahir di pulau mutiara pada tanggal 23 jun 1994..Aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga aku yang tiga lagi merupakan hero aku sokrang ja heroin tp ta macam heroin pon dah sama mcm hero jugak..

Aku mengorak langkah ku sebagai seorang pelajar dewasa di SMK Mutiara Impian atau pon lebih di kenali sebagai Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang dan merupakan sekolah musuh bagi sekolah di kawan sekitar...Kesian aku rasa ... Semasa aku di sekolah menengah tiada yang special mengenai diri aku sebab nya orang ta suka di sebabkan aku memain kan watak yang serius...Susah nak tengok aku senyum...Sejujurnya masa tu bahasa melayu aku agak terok...

Nak kepastian ni la gambar masa aku sekolah dulu...














Lepas tu zaman kegemilangan aku tak berhenti disitu... Habis SPM aku pergi temuduga Tentera Laut alhamdulilah aku dapat tetapi tanpa keredhaan ibu bapa aku batalkan niat ku itu dan turuti kemahuan mereka ...Akhirnya aku jejaki kaki ku ke Institut Pertanian Ayer Hitam...Dengan tak tahu apa-apa tentang pertanian dan bukan minat aku aku terpaksa..Dalam diri aku hanya tahu bersukan kalu di suruh jadi tekong sepak takraw boleh lah...Aku hanya ikot saja apa yang berlaku...
Tetapi ia tak mematah kan semangat aku...Seronok pula kehidupan aku di sini...






Dan sekarang aku menjejak kaki di bumi kenyalang... UPMKB bakal ku tawan




Perjalan ku belum lagi selesai , akan ku terus kan perjuangan .....
Bukan senang  nak senang ,bukan susah nak susah...
Usaha hari ni penentu masa hadapan....





Kenali Rumput Golf...


Rumput semestinya berwarna hijau yangg sering kali dilihat oleh kita. Namun tetapi adakah kita tahu jenis rumput yang digunakan bagi padang golf ? Rumput dipadang golf agak berbeza sedikit dengan jenis rumput yang terdapat dijalanan serta di padang-padang awam. Pada kebiasaan nya rumput padang golf mempunyai ciri-ciri tertentu.

Kriteria khusus rumput padang golf :


  1. Mempunyai ketahanan
  2. Kualiti hamparan
  3. Kecepatan pertumbuhan
Rumput turf adalah satu lapisan penutup vegatatif termasuk bahagian atas tanah bersama akar ataupun rizom .Rumput turf selalunya dipotong rapat ketanah mengikut ketinggian yang ditetapkan,tumbuh rendah dan seragam.

Jenis tekstur rumput turf

Sangat halus

  • Kelebaran daun kurang 1 mm
  • Spesis:


Penn lawn spp


Red fescue spp

velvet bent spp


























Halus

  • Kelebaran daun 1-2 mm
  • Spesis:

Zoysia spp














Pertengahan

  • Kelebaran daun 2-3 mm
  • Spesis:
Zoysia spp
Numex sahara








Bermuda spp


Kasar

  • Kelebaran daun 3-4 mm
  • Spesis

















Sangat kasar
  • Kelebaran daun lebih dari 4 mm
  • Spesis:

Paspalum spp







St. augustine spp

Monday, 11 August 2014

Kawasan Permainan Golf....Ohhh Baru Tahu....

Seperti yang kita tahu bermain golf  hanya memukul bola... Kita tak tahu akan realiti tentang permainan yang sebenar. Mungkin  sesetengah  orang  menganggap permain  golf adalah  mudah dengan sekadar memukul bola diatas padang yang luas terbentang  namun tidak tahu akan relitinya kawasan permainan golf yang sebenar..

Kawasan permainan golf terbahagi kepad 4 bahagian iaitu 'tee' , 'fairways' , 'green' dan 'rough' .Keempat-empat bahagian ini merupakan penting bagi memulakan dan menamatkan permainan golf.

Kawasan 'tee'
Ia merupakan kawasan bermulanya sesebuah permainan golf , dimana pemain akan melakukan pukulan pertama. Kawasan tee terbahagi kepada empat box dengan perbezaan jarak yang berbeza diantara kawasan 'tee' dengan 'green'. Kawasan 'tee box' yang jarak yang dekat biasanya bertanda dengan 'tee maker' yang berwarna putih diikuti dengan 'tee maker' warna merah dengan jarak sedikit jauh , 'tee maker' warna biru dan 'tee maker' warna  hitam yang merupakan jarak yang paling jauh...Pada kebiasaannya 'tee maker' yang bertanda dengan warna putih dan merah sering kali digunakan oleh pemain yang baru belajar dan wanita manakala biru dan hitam sering kali digunakan oleh pemain lelaki yang bermahir dan tidak lagi mempunyai 'handicap'.
kawasan tee box




Kawasan 'fairways'
Fairways merupakan kawasan  permainan diantara tee box dengan green. Jarak fairways berbeza disetiap lubang golf.

                                       fairways



Kawasan 'green'
Kawasan ini merupakan kawasan yang terpenting bagi permainan golf ia merupakan kawasan sekitar lubang tempat pemaian memasukkan bola dengan keluasan kira-kira  600 meter persegi.




kawasan green

           
Kawasan 'rough'
Ia merupakan kawasan berumput diluar ketiga-tiga kawasan tersebut.